BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 13, 2009

GALERI

-Selamat Datang Ke Galeri Abe Yoe-

Majlis Konvokesyen
Sarjana Muda Seni Halus (Kepujian)
(Grafik Komunikasi)
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) 19 OGOS 2006

Foto ni aku amik kat studio member aku 'Max Studio' Kat Penang...Terima kasih diucapkan kepada Max...


Kenangan bersama member2 sewaktu Konvokesyen Diploma Pendidikan di Institut Perguruan Sultan Abdul Halim (IPSAH) Sg. Petani, Kedah.



Painting

Dalam menghasilkan sebuah karya memang mengambil masa yang agak lama...Teknik yang aku paling suka jenis 'Mix Media' . Mix Media ni lebih kepada teknik campuran yang mana ianya banyak menggunakan idea..Aku telah menghasilkan 3 painting yang bertajuk "Looking Outside 1, Looking Outside 2 & Looking Outside 3"...Ketiga2 karya aku ni lebih memfokuskan gambaran di luar rumah ataupun bangunan...



Ini painting aku yang bertajuk 'Looking Outside 1'




'Penang Story'




Potret gua "My Life Style"




Frame

Frame @ bingkai lukisan memainkan peranan yang penting bagi sesebuah karya...Saiz dan warna juga perlu dititikberatkan sama ada sesuai atau tidak dengan karya yang dihasilkan.. Kadang2, pengkarya juga sukar untuk memilih frame yang sesuai bagi karyanya kerana rekabentuk dan corak yang ada terlalu banyak dipasaran...



Pameran Lampu Batang Pisang

kalau korang nak tahu, kertas pada lampu ni diperbuat daripada 'batang pisang'...X Caya???Betul gua cakap...Tapi proses nak buat kertas ni agak leceh jugak la...Tp, yang pastinya kepuasan tu ade beb...Ape x nyer, kertas hasil buatan tangan sendiri...Orang yang mahir buat kertas batang pisang namanyer "EN. NAN".Kalau kat Pusat Seni USM, tanye jer En. Nan semua orang kenal...

Antara lampu yang dipamerkan di Galeri Adiwarna...Kalau korang nak tahu , harga lampu yang dijual oleh En. Nan ni boleh mencecah beribu ringgit tau..



ARCA

Korang nampak x bentuk ape ni????Ini la Arca udang...Cantik X? Yang ni aku buat pakai dawai tembaga, timah pateri, tali tangsi, spring & kertas tebal. Rangkanyer, aku gunakan besi tebal supaya ianya stabil untuk berdiri...Seminggu jugak nak siapkan arca udang ni...Modal x banyak..Bajet barang lebih kurang RM130 jer...Korang cube la buat..Bknnyer susah sangat.Yang penting MINAT....



Final Project

Di tahun akhir semasa di USM, setiap student wajib memilih satu tajuk yang sesuai sama ada membuat Animasi/ Video, Identiti Korporat, Painting, cetakan, Fotografi atau seni lakonan...Ianya lebih menitikberatkan di Pulau Pinang sahaja. Aku memilih Identiti Korporat kerana banyak idea yang ada dalam kepale otakku..Tajuk yang aku ketengahkan ialah Mempromosi Pulau Jerejak...Korang cube bayangkan, aku habiskan dekat RM2000 untuk Final Projek ni...Power x???Sport Rim 17 dah lepas tu bang....

Ni la lokasi Pulau Jerejak...Tempatnyer memang cantik. Kalau sesaper nk p Pulau Jerejak kena naik bot..x silap aku RM18 untuk pergi dan balik...Dulu Pulau Jerejak ni dikatakan tempat tahanan(penjara) dan tempat kurungan orang yang berpenyakit Kuster..Skang ni da x de..Makin membangun ade la....


IDEA MEMPROMOSIKAN PULAU JEREJAK

Menunjukkan ruangan Single Room. Kalau korang nak tahu katil tu aku buat sendiri.Kosnya x de la mahal sangat.Nak bg cukup syarat jer...


Tgk tuwww...Siap dengan baju korporat, Set Tuala Spa, banting dll




Ni semua barang2 yang aku create sendiri bg nak hidupkan suasana dalam bilik tersebut.




Sesi pembentangan dan penerangan kepada Bekas Pengarah Balai Seni Lukis Negara.



"BATIK Penang"

Ni mase buat lawatan di Kedai Batik area Balik Pulau, Penang.

0 comments: